Friday, July 27, 2012

Kejutan besday yang ke 24 tahun (18 Julai 2012)



 Sebak+terharu= nanges
 kak jalilah+kak faezah
 Nurul+syerry+me


 Diorang ngah standy nak kenakan aku!!

Ok pada hari ini aku datang sekolah mcm biasa,tapi sebenarnya hari ini hari luar biasa sbb hari ini "Hari Lahir aku yang ke 24". So aku dtg kerja dengan hati yang biasa seperti hari-hari biasa,tak de rasa pape mgkin sbb aku dah besar so sambutan hari jadi semua aku dah tak kisah sgt...dtg jer sekolah org pertama yang wish besday aku syerry then mcm biasa rutin pepagi ialah senaman perut dalam erti kata lain breakfast kat kantin. Kawan2 yang lain seperti biasa mgkin diorang tak tau besday aku..aku pon tak kisah sgt...
     Pada waktu tgah hari plak mcm biasa aku tggu student masuk sementara tu aku sibuk menyembang ngan kak Jue sambil pasang projector untuk kelas aku jap gi...tetiba nak dijadikan cerita Kak Farah masuk dengan muka gelabah n serius then dia ckp "Hana kak Yati nak jumpa hana sekarang..dia kata hana ada buat salah rini..aku dalam keadaan blur sbb terkejut ni rasa pelik n cuak sbb aku baru terpikir pagi tadi aku kene bertugas untuk saringan sukan tapi aku tak turun..so aku pon dengan keadaan blur tapi cemas menuju keluar dari studio nak pakai kasut tetiba aku terpandang kak Jalilah terpacak depan studio teater lagi aku rasa heran dan pelik sbb tak pernah2 kak Jalilah nak naik studio atas, then tetiba aku terpandang kiri aku ternampak Syerry ngan senyuman lebar n ditemani kawan2 lain pegang kek apa lagi perasaan gelabah tadi terus bertukar sedih dan terharu ruapanya aku telah terkena. Kemain agi diorang kenakan aku...terharunya diorang beikan cokelat kek secret recipe semata2 nak sambut besday aku..nanges n menggeletar jadi badan aku sampai nak ptg kek pon tak leh. Happy sangat kali ni besday aku ade kejutan thankzz syerry,kak yan,nurul,kak farah n semua yang terlibat.sangat2 menghargai.

Thursday, July 26, 2012

Mcm tak percaya aku dah jadi seorang pendidik!!

 Bersama anak-anak ku heee

Syukur alhamdulillah rezeki aku murah...lepas habis je final sem hantar thesis aku dah mencuba nasib menghantar resume ke sekolah Seni Malaysia Johor Bahru.  Pada mulanya aku tak dapat masuk sekolah ni sbb tenaga pengajar telah mencukupi tapi nak dikatakan rezeki seminggu lepas tu sekolah call untuk datang interview.Alhamdulillah aku telah diterima masuk ke sekolah ni sebagai jurulatih teater..dan dalam masa yang sama juga Syerry kawan time aku diploma dan degree pon dapat kerja di tempat yang sama so tak lah aku bosan sgt.  Pada 3-4 minggu awal di sekolah ni mmg aku nangis bukan ape sbb aku masih baru dan kene beajar sesuaikan diri dengan tempat baru, kawan-kawan baru,persekitaran baru n paling mencabar berdepan dengan murid-murid aku.  Banyak kenangan manis selama aku kat sini.  Apa-apa pon aku bersyukur pada tuhan sbb dimurahkan rezeki untuk bekerja, sbb bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang ni..dan aku sekarang melalui fasa kehidupan baru di dalam diri aku.  Kat sekolah ni best sebab aku digelar bonda oleh anak murid aku, sekolah ni melibatkan 4 bidang iaitu teater,tari,muzik dan visual.Sekolah ni mmg lebih pada kesenian dan aku sgt bersyukur dapat mengajar bidang teater iaitu bidang yang aku belajar.So skang aku kena jadi orang yang lebih matang dan dalam masa yang sama aku masih terus belajar untuk mendapat ilmu insyaallah ilmu yang aku ada selama aku beajar akan aku turunkan kepada student aku....amin :). semoga Tuhan permudahkan segalanya...bayk agi yang aku perlu belajar...