Thursday, October 13, 2011

Ini hati saya sekarang



P/S: Love u my Mr.Noriman (Mr.Green)




Wednesday, September 21, 2011

Berjimba bersama teman

 Ini Kami
kami :)
Ok disebabkan baru mggu pertama kuliah so byk masa terluang sbb selalunya minggu pertama ni kuliah setakat lect bagi briefing ja pasal course outline. So di kesempatan ini aku, Abby, Amir n Sheery plan nak pergi bersukaria lah ahahah. Plan pertama kononnya nak tgok wayang sbb hari ni hari RABU tiket murah hahha tapi bila dah sampai je lokasi yang di pilih iaitu Sunway Pyramid movie2 semua tak best hurm.....so semua dah pening nak buat ape, tapi aku ngan diana dah gian nak main game menari so sebelum nak decide tu aku n diana g main game menari dulu tapi gandingan pada kali ini aku kena lawan nari ngan amir n diana Vs Abby ahahah mmg kelakar n enjoy sgt main game nari pijak-pijak ni sorry aku mmg tak tau apa nama saintifik game ni heheh.Then bila dah penat plus semput gila kitorang pon beredar nak cari aktiviti seterusnya hahah teringin pula nak karok tapi pusing punya pusing mmg tak jumpa tmpat karok dalam shopping complex ni hurmm so last2 kitorang decide tgok movie tajuk THE SMURFS hee....

P/S: I smurfs u 

Saturday, September 17, 2011

OH ORANG HIJAUKU

Syukur sekali lagi hati aku dah mula gembira sekarang. Masuk sem baru ni merupakan sem yang happy buat aku..haha bukan ape sbb dah ade orang yang sudi nak jadi penjaga hati aku iaitu Mr Green heheh nama panggilan dia. Setakat ni aku sgt selesa dengan Mr Green, dia selalu buat aku tersenyum n hargai aku setakat ni lah nanti yang akan dtg taktau lah hehehe.hope sgt dia dapat jadi penjaga hati aku n dapat bertahan dengan kerenah aku yang kadang2 mcm budak2 ni.huhuhu.Ok Hana cinta2 juga FINAL dah sem ni so kene seimbangkan antara Pelajaran dan Cinta biar stabil hehhe. Tanamkan azam baru nak fokus n habiskan sem ni dengan jayanya insyaallah moga aku dapat lalui sem ini dengan sempurna :). Kepada Mr Green hehehhe terima kasih sudi nak sayang n jaga hati saya ni ahahah hope awak lepas lah azab semasa bersama ngan saya heheh... :)

Sunday, September 4, 2011

Kembali senyum

Alhamdulillah KESEDIHAN dtg hanya sementara..dan muncul KEGEMBIRAAN semula aku dah mula bahagia ngan life aku sekarang. Hati aku mampu tersenyum lebar heee indahnya rasa hati ni sekarang...hidup aku dikelilingi ngan orang2 yang sentiasa ade ketika aku susah dan senang dengan aku dan sayang diri aku...diri rasa dihargai :)







P/S: Aku hargai mereka yang menghargai diri aku terima kasih :)

Monday, August 15, 2011

Mini Reunion (sekolah rendah convent-sekolah menegah convent)

GAMBAR KENANGAN :)

 IO AMOR TU
SAYANG SEMUA !! 
 KESENGALAN KAMI :P
HAPPY TIME MWAHH!!
WANA KETUA PROGRAM NI!!!
Ok tanggal 15 Ogos 2011, kenangan manis yang tak dapat dilupakan oleh aku ialah berbuka bersama kawan2 seperjuangan yang lama kenal dan berjumpa kembali sbb terpisah oleh sebab-sebab tertentu.  Hari ini lebih lebih kurang ada  9 orang kesemuanya kawan lama aku   Ili, Wana, Adila, Sufi, Farah, Shidah, Shafa, Aflah dan Hani wah lama dah aku kenal depa ni masa time masing busuk2 time sekolah rendah hingga sekarang dah makin cantik dan bekerjaya.  Perancangan yang tak diduga ini berjaya dibuat oleh Wana selaku ketua yang bertanggung jawab special thankz untuk Wana yang byk bersusah payah dari awal untuk menemukan kami semua sayang Wana!!!  heee.  Setelah terpisah lama akhirnya berjumpa balik dengan semua kawan lama aku, ahhaha memasing malu2 kucing sbb dah lama tak jumpa....ahahah bila dah mula panas enjin mmg bising lah jadinya kitorang ahahahhaa. Hari ini hari paling bermakna dan paling gembira buat aku berbuka bersama kawan2 lama menggamit memori betol.  Hope lepas ni jika dipanjangkan umur murah rezeki kita ditemukan balik bersama2 ya kawan-kawan ku semua. AKu doakan hampa semua berjaya dengan cita-cita dan kehidupan semua...hope kita semua tak terputus hubungan melainkan takdir yang memisahkan sayang semua IO AMOR TU :)

Saturday, August 13, 2011

RASA PERIH

Hati ini sakit lagi
Aku dah penat dengan semua ini...
Hati aku ingin bebas inginkan pelangi...
Ya Allah moga kau kuatkan hati hambamu ini untuk terus menempuh segala cabaran dan dugaan yang mendatang....

Friday, August 5, 2011

SEPI


Aku sendiri lagi..

Kebahgiaan yang dipinjam juga seketika..
Hati ini perlukan penjaga hati
Namun penjaga hati hanya datang dan pergi buat seketika
Mungkin ada hikmah disebalik yang aku tidak ketahui
Aku ingin bahagia seperti orang lain..juga
Aku hanya mampu berserah dan menantikan ia datang kembali

Monday, July 25, 2011





AYAT BOLEH GUNA PAKAI UNTUK HATI BARU SEMBUH :)



  • Letting go of someone doesn't mean you've to stop loving them. It means you allow that person to find their own happiness without you. 

  • Everybody knows how to love, but only few people know how to stay in love with one person for a very long period of time

  • No matter how painful your decision has been, as long as you can sleep well at night, it means you made the right choice.

  • Apologizing doesn't mean that you were wrong, or the other person was right. It means you value your relationship more than your ego

P/S: Saya harus kuat untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang!! go HANA!! :)

Tuesday, July 19, 2011



     Hati aku lebih kuat

                       Dugaan demi dugaan datang namun hati ini terus berjuang

      Hati ini telah pulih dari virus "sepi"

                          Hati ini punya "VITAMIN" baru yang lebih kuat

                 Hati ini berbekalkan "GULA-GULA' yang bisa membuatkan hati ini senyum

                       Hati ini sudah pandai menepis semua rasa celaru+kecewa

                           Hati ini sudah pulih sudah pulih menjadi hati yang "BARU"

BESDAY...AKU


Tanggal 18 Julai 1988 merupakan hari keramat buat diriku....tahun ni  2011 merupakan hari ulangtahun ku yang ke 23 tahun....hari ulangtahun aku pada kali ini bergitu berbeza dengan tahun-tahun yang sebelum ni...tahun ini besday aku seperti tiada kemeriahan seperti tahun-tahun sebelumnya...jika dulu besday aku disambut dengan dengan orang-orang tersayang....disambut dengan kejutan kek dan hadiah namun tahun ini semuanya tiada......aku tidak meraih simpati or mengharapkan apa-apa...cuma...ingin merasai diri ini diingati.......jika dulu kawan-kawan aku penuh dengan kejutan , tepat pukul 12tgahmalam akan wish besday aku, jika dulu hp aku tidak lengggang dengan panggilan telefom dan sms wish besday....namun tahun ini seperti tiada apa-apa yang berlaku...aku tidak salahkan mereka mungkin mereka lupa or sibuk dengan kehidupan mereka...besday kali ini aku sedih........sudah 2 tahun aku tidak merasa sambut besday bersama orang tersayang iaitu ayah aku.....kalu lah dapat diputarkan masa....ingin ku mengahargai segala detik waktu yang ada bersama ayah aku......aku rindukan ayah aku...bohong kalu aku kata aku tak rindu ..aku terlalu sayangkan ayah aku tapi ayah aku mana???tak ingatkah ayah pada anak ayah????tak sayangkah ayah pada anak ayah???huhuhu setiap kali aku berdoa agar tuhan bukakkan pintu hati ayah aku untuk nampak kebenaran, hana sentiasa doakan kebahgiaan ayah......hana sayang ayah hana nak ayah ada dengan hana....................

Friday, June 24, 2011


Manes Rasa



waah lama rasanya aku tak update blog aku nih heheheh.  Byk juga perkara2 perkara baru yang wujud dalam hidup aku...setelah sekian lama..aku kembali tenang dan lebih bersyukur dengan kehidupan yang baru ini...mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku dalam hidup kita ni. Sekarang kehidupa aku lebih bermakna dikelilingi dengan orang2 yang sering ada memberi semangat dan sokongan dan tidak putus-putus menyayangi diri aku. Terima kasih diucapkan kepada family tersayang dan paling rapat dan penting sekarang ialah kawan-kawan yang selalu ada time aku susah senang...ERTI PERSAHABATAN yang bergitu kuat ! Sayang korang ketat-ketat :)

Sunday, March 6, 2011

terangi aku

mencari cinta kadang-kadang bergitu perih untuk dilalui.bukan senang untuk memiliki cinta yang sebetulnya cinta pada hati kita.cinta kadang memerlukan pengorbanan dan penantian....aku perlu cinta..dan ingin rasa cinta itu...aku perlukan tangan seseorang..untuk bersama-sama melalui kisah hidupku..tangan yang dapat menjaga dan menyanyangi aku seikhlas hatinya..

Tuesday, March 1, 2011

pergi

kadang-kadang kau hadir...memberi harapan...ketika aku mulai mencipta bahagia...kemudian kau hilang ketika aku sangat memerlukan kau...kadang-kadang kau timbul tapi buat sementara...seolah-olah kau hadir sekadar melihat aku dari jauh...kadang-kadang kau membuatkan aku tidak keruan menantikan kau ketika aku bersendiri kadang-kadang kau hadir memberikan kegembiraan namun kegembiraan itu hanya sementara...kenapa kau tidak memberi peluang untuk hati lain memiliki kau...kenapa kau terus membuat aku tertanya-tanya dan terus sendiri sebegini...hanya kau yang mempunyai jawapannya....

Sunday, February 27, 2011

oh hati

 
  • oh hati nape kau tak kuat macam hati org lain
  • oh hati kenapa kau terlalu lembut dan mudah terguris??
  • oh hati kenapa kau senang diremukkan oleh hati orang lain??
  • oh hati belajar untuk jadi hati yang kuat dan kental mcam hati org lain
  • oh hati jgan biar hati ini seringkali disiksa dan terseksa oleh hati org lain
  • oh hati belajarlah untk sentiasa berani dan lebih dihormati seperti hati org lain...
  • oh hati cepatlah sembuh.......aku inginkan hati yang lebih kuat dari hatiku yang sekarang....
  • oh hati kembalilah bersinar dan berwarna warni selepas ini ..

Thursday, February 17, 2011

racun rasa



kadang-kadang tak semua yang kita inginkan menjadi kenyataan kan??kadang-kadang kebahagiaan yang kita miliki hanya bertahan buat sementara....kenapa tidak dipinjamkan lama kebahagiaan itu??aku juga ingin rasa bahagia itu bertaktha lama..dalam diri agar aku tidak rasa kekosongan yang selalu meracuni diri ini...dengan kegembiraan ini suma rasa-rasa benci,sakit,sunyi,hampa pergi menjauh......aku inginkan kebahagiaan ini untuk terus melekat dalam diri aku tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa...kerna rasa itu pergi menjauh dari diri ni......

Sunday, February 13, 2011

kamera oh kamera


Ok sem baru subjek baru!huhuhu sem ni aku amik cinephoto dan yes!!memang lah aku sgt pandai kan amik gambo!!huuhuhu gatal sgt nak amik subjek ni hambek kau!! hohoho..takpe2 tanamkan hobi baru mana tau lepas ni aku jadi minah photograhper hihihi :) chaiyok!! dan mak thankz untuk bantuan duit untuk membeli lense baru demi anak perempuan mak yang sorang ni..sayang mak sangat muah!!!!hana cuba belajar bagi pandai tangkap gambar ok mak??

kita enjoy


Tahun baru azam baru!!
semestinya buku baru
cerita baru
kawan baru
dan happy selalu!!