Tuesday, December 22, 2009

Kembali setelah sekian lama~


Lama rasanya aku tak update blog aku ni. Almaklum lah setelah bergelar pelajar degree ni tak sempat2 aku nak "mengupdate" blog aku ni..hahaha sekarang aku berkesempatan untuk memulakan balik coretan-coretan aku yang tak seberapa ni. Sekarang aku sedang menghingtung hari untuk memulakan semester baru,azam baru serta perubahan baru...untuk tahun baru ni banyak yang aku nak capai...antaranya...

Proses Transformasi HANA
1.Nak jadi rajin sket kurangkan penyakit malas aku
2.Tingkatkan keimanan dalam soal2 agama
3.Berubaha jadi Hana yang lebih matang
4.Cuba menaikkan pointer aku untuk semester baru
5.Kurangkan tahap keborosan aku.....ahahaha

Harap dengan adenya benda ni aku leh berubah demi kebaikan aku sendiri amin...selamat datang tahun 2010 !!

Tuesday, August 25, 2009

KUARANTIN!!



Demam,sakit tekak,batuk..ahah korank tahu tak benda nie berkait dengan ape??aha!! aku mengalaminya..uhuuhuu aritu seperti biasa aku bangun pagi nak g kelas tapi tetiba jer badan rasa seram sejuk n tak sedap badan...uhuh aku demam padahal baru malam kelmarin aku terlebih hyperaktif ngan enon menari bagai nak rak bukan ape latihan kepada test untuk kelas creative movement keesokan harinya. uhhu pagi tu badan aku mmg lemah giler..aku tak g kelas sbb nak g klinik mintak tolong sahabat baik ku di kala susah sape lagi Amir Zahari satu-satunya kawan yang senang tolong kawan..tapi nak di jadikan kereta dia tak dapat hantar aku sebab ade masalah2 yang tak dapat dielakkan... aku mmg tak terdaya time tu..mujur ada dayah housemate aku yang kebetulan tak de kelas dia lah yang merangkap sebagai jururawatku..eheh dia jaga aku bagi makan ubat,sedia makanan suma lengkap thankz dayah jasamu ku kenang. Pada waktu malamnya baru aku dapat ke klinik dengan bantuan amir sepanjang perjalanan aku risau nak berdepan ngan doktor yelah takut kena virus H1N1 kan boleh bawa maut,namun setelah diperiksa doktor ckp aku demam n bukan H1N1 lega rasanya aku dapat mc 6 hari...balik je rumah aku terus mkn ubt n suhu badan aku makin meningkat..aku demam panas slamat ade kawan2 aku ana,ain dayah yang sudi mjaga aku sepanjang malam thankz korunk sbb jaga aku siyes terharu..eheh keesokan harinya demam ku makin kurang tapi batuk n sakit tekak plak..aku gagahkan diri untuk ke kelas..n enon plak demam jadi lepas kelas aku teman dia g medic puncak..uh suhu dia tinggi dia jaga aku dia plak demam sekali kesian dia..dia dapt mc 6 hari n sekali ngan aku doktor check n dapat cuti 6 hari+kuarantin alangkah merdekanya aku ehehehe..doktor tak ckp pe cuma suspect n langkah berjaga...aku n ain kena kuarantin...nak dijadikan cerita lagi dayah pon demam juga sian nye sbb aku korang sakit sama ehehe mcm lawak je...korang jadi nurse aku dengan korang2 sakit...pape pon thankz pada rakan-rakan aku yang menjaga n membantu aku sepanjang aku sakit jasa korang mmg tak dilupakan....korang lah kawan susah n senang bersama...sayang korang....

Sunday, August 9, 2009

Wayang Tyme!!




Ahad, 9 ogos 2009. Seawal pagi aku telah dikejutkan dengan bunyi msg dari makhluk besar yang bernama Amir."WEH ANG DAH BANGUN KA?" uhhu dengan mata yang kuyu aku membaca msgnya...aku reply "DAH" then sedar tak sedar aku tertidur balik sejam kemudian msgku berbunyi lagi"WEH DA SIAP KA? uh! ape lagi dah mcm lipas kudung dibuatnye...aku terus mangun n mandi sebab plan kitowang nak g tgok wayang venue yang di pilih JUSCO BKT RAJA. Aku bersiap gila laju sbb aku dah TERLAMBAT!!. Memula Diana malas nak ikot theh pas pujuk punya pujuk ahah cair gak minah ni ngan aku ngeee. AKU,DIANA,AMIR,APPLE kami berempat jer yang pergi lain malas.Setibanya kami di JUSCO tempat pertama yang dituju semestinya kaunter tiket wayang..kami sebulat suara memilih filem SETEM untuk d tonton kul 3.00ptg tayangannya. Kemudian masing-masing pon dah kelaparan tahap dewa terus melakah menuju ke FOODCOURT ruangan memenuhi bekalan perut kitowang ahaha. yang tak boleh belah suma menu sama NASI AYAM...dengan enaknya kami makan tanpa toleh kiri dan kanan sebab lapar sgt.Then terus menonton wayang...filem SETEM ok gak la cerita nie klakar yang boleh diterima pakai bukan kelakar bodo...ngeee.abes jer cerita nie kitowang bergegas ke farmasi sbb aku nak beli topeng muka HINI yelah langkah berjaga-jaga sbb kes nie dah serius!! kemudian ke sek 2 sbb aku n diana nak beli keperluan untuk class basic drawing..n venue terakhir semestinya tempat makan heheh ANI SUP UTARA kat TTDI. Aku makan bubur daging yang sgt enak ok...huhu terbakar lidah sbb panas uh! sgt enjoy kuar ngan amir,apple,diana suma..ngee...tak lah bosan hujung minggu ni. Thankzz suma!!

Sunday, August 2, 2009

Kelas Basic Drawing!!Adoyaii



Isnin 3 OGOS 2009. Hari ni merupakan kelas pertama aku, ain dan ana untuk basic drawing. Sebenarnya kelas ni dah masuk minggu ke-4 tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan baru hari ini kami berkesempatan. Pada pemulaan kelas lec telah meminta kami untuk kenalkan diri masing-masing sebab hanya kami bertiga muka baru. Kemudian ade sedikit penerangan diberikan mgenai kelas ini. Kami bertiga dalam pikiran masing-masing sumanya gelabah+segan mana taknya bercampur ngan budak animation. kami mana la ada asas melukis. Diorang menunjukkan hasil lukisan figure manusia yang telah dihasilkan pada kelas sebelumnya. Aku tgok nak telan air liur pon tersekat..gila arr..mmg aku pandai melukis!!. Aku tgok muka ana n ain diowang pon tak nak terbeliak biji mata dibuatnye. Kemudian lec telah meminta salah seorang dari budak kelas untuk menjadi model lukisan. Bayangkan dah la first time kitaowang bertiga masuk kelas ni dah suh lukis figure manusia...hurmm mengeletar gak badan-badan nak mula melukis dah lah kena guna pen lagi. Ape lagi bermula lah lukisan ala tsunami campur ribut taufan hurmm...namun lec ttp menenangkan kami supaya rilek dan lukis sahaja...apa yang nampak depan mata...lukis punya lukis ahaha jadi lah karya aku yang tak seberapa. Yang tak boleh blah lagi lec suh bentang karya masing2 kat lentai n dia bagi komen dan pandangan ahahah lukisan aku mmg jauh berbeza ngan bebudak animation namun...aku tak malu kerana aku berani untuk mencuba walaupun macam lawak..ngeee..enjoy gak kelas nie..lec pon tak strict...aku ana n ain masing-masing dapat pengalaman baru harini...

Kembali ke ShaH Alam

Setelah seminggu mendapat cuti umum dari Uitm kerana kes H1N1 yang menular seluruh Uitm cuti, aku kembali ke Puncak Perdana tempat yang sungguh aman damai ngahaha. Arh!!dah seminggu cuti nie mmg penyakit malas aku bertambah la..uhuhu assignmet menanti aku maseh dibelenggu penyakit MALAS tahap KRONIK!!. Ape nak jadi ngan Hana anak Pak Samat ni!! HAHA..esuk kuliah yang dinanti-natikan bermula arh!!MALAS....tapi aku kena terus semangat menempuhi semua ni..takmo malas2 semangat!!semangat!!aku kena ubah perangai DIPLOMA aku yang dulu..jadi Hana baru azam baru!!

Thursday, July 30, 2009

Aku dah DEGREE!!


JULAI 2009: bermulalah perjalanan baru bagi ku dan rakan-rakan untuk menempuhi alam degree.ahah jika sebelum ini aku hanya didedahkan dengan praktikal je lebih bagi setiap matapelajaran tetapi kali ini makin bertambah bengong sebab aku kena belajar lebih mendalam tentang teori-teori uh!! Dah la aku nie mmg budak paling tak kerap ke perpustakaan..mmg menyesal aku kurang membaca..uhuhu baru terasa akibatnya bila assignment dah bermula..uhhuu macam nak menanges. Baru lec suruh cari topik untuk individu nyer assignment aku dah gelabah biawak...hurmmm...degree yang memeningkan...takpe2 aku kena semangat!!semangat!!